Halaman

Isnin, 18 Ogos 2014

Usaha Set Kesuburan dan Doa di Kaabah Akhirnya Mengandung

Assalammualaikum dan Salam Syawal ke-22 hari ini.

Pagi-pagi ini nak kongsikan cerita hari Sabtu lalu. Semasa balik dari rumah makcik untuk majlis kenduri, ikut seorang sepupu dengan suami menumpang kereta nak ke Batu 6. Dalam kereta bercerita sepupu ini berkenaan seorang pembeli Shaklee bernama Puan Anisia yang mengambil Set Kesuburan. Membawa dan berkongsi berita gembira yang dia sudah berjaya mengandung selepas 6 tahun mendirikan rumahtangga. Kini usia kandungan Puan Anisia adalah 2 1/2 bulan.

Alhamdulillah, gembira dan balik2 mengucap syukur sebab ini adalah pembeli Set Kesuburan pertama yang berjaya mengandung.

Selain dari berikhtiar menurut sepupu tu, 2 bulan yang lalu ibu Puan Anisia telah menunaikan umrah di Tanah Suci Mekah. Puan Anisia mengirim pesan kepada ibunya untuk memohon didoakan di depan Kaabah agar dikabulkan permintaannya untuk mengandung. Alhamdulillah, usaha dan doa perlu seiring itulah perkongsian. Doa saja tanpa usaha pun takkan membuahkan hasil, demikian juga sebaliknya. Hidup ini telah dirancang oleh Yang Maha Pencipta.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan