Halaman

Ahad, 17 Ogos 2014

Kisah Hari Raya ke-21

Cerita hari ini Raya ke-21.

Beraya ke rumah kakak sepupu di Taman Mawar, Sandakan. Sebelum jalan berselfie-selfie dulu. Alhamdulillah kali ini baru lah mood 'ok'.  Suami, anak-anak. Kalau tak biasanya mesti ada saja yang tak kena.

Apa yang membanggakan aku dan membuat aku terharu, anak-anak semakin matang dan bijak. Lebih-lebih lagi dalam penggunaan sistem teknologi. Namun aku berdoa agar mereka tidak menyalah gunakan kebijaksanaan durang dalam hal-hal yang membuatkan murka Allah. Sebagai ibu aku berdoa pada Allah agar anak-anak ku dikurniakan menjadi anak soleh dan solehah sehingga hari akhirat kelak. Aamiin....

Gambar ini pun diambil atas kebijaksanaan durang. Telefon bapanya yang boleh tangkap gambar sendiri rupanya barulah ditahu hari ini hehehe.....sedangkan aku dan bapa durang ni pun langsung tak tahu yang telefon bapanya boleh ambil gambar sendiri dengan set masanya saja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan