Halaman

Khamis, 19 Jun 2014

Setiap yang Hidup Pasti Merasa Mati

Semalam dapat khabar dari laman sosial seorang pakcik ni meninggal dunia. Innalillahi wainna illaihirojiun. Setiap yang hidup pasti akan merasa mati.

Bila dengar saja berita kematian pasti seluruh tubuh menggigil. Pakcik ni dah pun dijemput oleh Yang Maha Kuasa. Giliran kita ntah kan beberapa saat lagi, beberapa jam lagi, esok, lusa, ntah2 tak sempat menginjak bulan Ramadhan.

Apakah kita sudah persiapkan diri dengan apa yang diperintah oleh Nya. Apakah kita suddah menjalankan tanggungjawab yg sudah diamanahkan?

Dunia semakin tua. Banyak tanda2 kecil hari kiamat telah berlaku. Tapi walaupun begitu, masih ramai lagi belum insaf. Masih ramai lagi yang lalai, leka dengan urusan duniawi. Semakin dunia canggih semakin perintah Allah tidak diendahkan sudah.

Masya Allah, Nauzubillahiminzalik. Bertaubat selagi pintu taubat masih dibuka

Teringat luahan anak buah  semalam. Bila macam2 sakitnya datang, dia seolah2 takut pada dosanya. Alhamdulillah, sekurang2nya walaupun tak banyak tapi pelan2 keinsafan itu sudah ada kan?

p/s untuk peringatan pada diri sendiri & anak2 ku juga. perbanyakkan amalan yg diperintahkanNya & Rasul

Tiada ulasan:

Catat Ulasan