Halaman

Isnin, 2 Jun 2014

Pembuka Tirai Jun

Alhamdulillah, Mei menutup tirainya dengan pelbagai cerita suka & duka. Tak nak berkongsi cerita duka atau sedih. Biarlah cerita suka menjadi pendorong untuk bangkit dihari ini & hari2 seterusnya.

Bulan Mei banyak mengajarku tentang erti kesabaran, ketabahan, redah walaupun dalam keadaan sakit. Mengajarku untuk berjuang di landasan yg aku pilih.

Berbekalkan semangat , dorongan suami, anak2, mak bapa, adik-beradik terutama adik ku Irman (Pak Shaklee) , adikku Jalita, adikku Noraidah dan yg tak disebut namanya sini pun banyak memberi ku kekuatan dalam biz Shaklee.

Nenek Shaklee (Ummu Ainan), Moyang Shaklee (Dilla Roslan) , Nenek Moyang (CerryMamaFaiz) nasihat2 & tunjuk ajar yg diberi akan menjadi penguat untuk terus bangun berdiri untuk berjaya.

Walaupun tak naik dengan cepat, tapi sekurang2nya bulan demi bulan aku berjaya naik tangga demi tangga menginjak meraih bonus Shaklee dengan gigih tanpa mengenal erti putus asa.

Bulan demi bulan aku teruskan saja apa yg diajar dan diarah. Salah satunya apabila pada 31hb Mei yg lalu buat julung kalinya kami telah mengumpul beberapa orang penduduk perumahan tempat aku tinggal di Taman Mesra. Walaupun tak semeriah seperti yg lain hadir berpuluh2 orang, tapi sekurang2nya dalam 7 orang tu berminat mendengar taklimat kesihatan.



Sekarang Bulan Jun baru saja membuka tirainya. Alhamdulillah , saban hari ada saja orang baru yg dikenali. 

Selamat datang Jun. Semoga Jun akan membawa tuah kepada aku dan manatau bulan Jun ini aku meraih Rank Supervisor atau lebih dari itu. Tidak mustahil untuk itu. Inshaa Allah akan aku lakukan....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan