Halaman

Khamis, 12 Jun 2014

Mudahnya menjemput rezeki

Alhamdulillah, hari ini walaupun sibuk menyediakan sarapan, makan tengahari, mengemas rumah dari ruang tamu, bilik hinggalah ke dapur namun hari ini juga aku menyempatkan diri ku pergi ke pasar untuk membeli sedikit lauk untuk dijadikan makanan tengahari. Jarang-jarang ke pasar ni, biasanya mama yg pergi ke pasar membeli lauk-lauk ni. Tapi hari ini mama, bapa pergi kampung untuk membersihkan kawasan perkuburan.

Memang kalau ikut duit ku tak cukup kalau membeli ikan, sayur atau apa2lah. Itupun duit aku pakai untuk membeli ni duit anak ku, dipakai dulu nanti dibayar balik hahaha..... Oleh sebab mama dah pesan suruh beli lauk, aku pun dengan hati mahu tak mahu pergi jugalah ke pasar membeli.

Sampai di pasar, macam biasa aku akan round2 dulu mana ikan yg fresh2. Lepas tu baru tanya harga, heheee...takut2 duit tak cukup. Sudah habis membeli, ikan yang aku beli pun cukup2lah untuk 10-15 orang makan. Cukup untuk sekali makan. Jumlah semua aku beli dalam rm20. Dalam hati berkata & berdoa 'tak pa lah duit ku habis, yg penting aku ikhlas & mudah2n ada rezeki ku hari ini orang beli Shakle'.

Sampai di rumah, tengah2 update blog, suami call tanya kalau ada stok Vitamin E & Zinc Complex. Aku kata ada. Terus suami bagitahu suruh aku bersiap2 & sekejap lagi ambik aku bawa jumpa dengan orang yang nak 2 item tu. Alhamdulillah, sekejap saja & mudahnya menjemput rezeki. Hatiku berkata "inilah hasilnya aku dapat bila kita berkorban dan beramal jariah".

Duit anakku yg ku pinjam tadi dah pun aku ganti balik. Aku happy bila aku ikhlas dalam memberi walaupun aku serba kekurangan. SubhanAllah, Alhamdulillah, Allahu Akhbar sujud syukur di atas kurniaan rezeki mu Ya Allah.

#Moralnya : Jangan berkira dalam soal memberi. Meskipun duit kita habis tak pa yang penting dapat senangkan hati orang. Aku ambil contoh saja mama & bapaku, meski pun kalau dikira2 dari dulu gaji bapa bukan lah tinggi. Nak menyara anak 13 orang bukanlah mudah. Namun mama & bapa rajin bersedekah & membelanjakan orang lain. Lain lagi dulu mama & bapa menjaga anak yatim. Namun tak pernah rasa tak makan.  Tak pernah rasa tak ada baju baru untuk hari raya. Alhamdulillah, kini ramai adik2 ku telah berjaya hasil dari didikan orang tua. Terima kasih mama bapa. Terima kasih atas didikan kesabaran mama bapa. Semoga Allah memberi mama bapa limpah rahmat dan kasih Nya di Syurga kelak.....Aamiin

# Hari ini, aku dapat jual 2 Vitamin E, Lecithin, Zinc, VitaLea & GLA. Seorang masuk member Shaklee. Alhamdulillah, seorang lagi lahir anak Shaklee ku, hanya kerana ingin menikmati harga ahli.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan