Halaman

Sabtu, 31 Januari 2015

Kisah k-2 Kambuh

Alhamdulillah, kongsi cerita masalah kambuh kawan adik ku menjadi perhatian seorang kawan lama ku pula.

Kawan ku ini telah melahirkan anak 7 bulan yang lalu.

Selepas membaca status ku di laman muka buka, kawan ku terus telefon aku dan minta aku menolongnya.

Dengan niat ikhlas, aku ke rumahnya selepas menunaikan solat Maghrib bersama suami (biasalah peneman setiaku di waktu malam berjumpa dengan pembeli.

Seperti juga kawan adikku, aku cadangkan untuk kawan ku itu ialah Alfalfa Complex.

Alfalfa complex sesuai sangat untuk masalah kambuh. Ini kerana badan akan terasa panas dan bertindak membersihkan darah kotor bersalin.

Hal ini aku sedari bila hairan melihat adik ku yang baru bersalin pada bulan Oktober lalu. Darahnya selepas bersalin tak macam aku banyak keluar. Belum habis 44 hari pun darah mereka dah kering. Berlainan pula dengan aku yang mana darah selepas melahirkan masih lagi ada walaupun dah lepas hari k-44.

Justeru aku mencadangkan kepada adikku untuk makan Alfalfa. Alhamdulillah adikku rasa perutnya keluar angin dan keluar darah berketul-ketul warna kehitaman.

Oleh itu, bila mendengar cerita kawan nya yang kambuh, adikku terus mencadangkan makan Alfalfa. Tak disangka, tindakan adikku memberi kesan positif.

Syukur sangat-sangat dapat membantu menyelesaikan masalah orang lain.

Berbalik cerita pada kawan lama ku , keesokan harinya aku bertanya khabarnya selepas makan Alfalfa complex. Alhamdulillah kawan ku memberi jawapan yang positif. Sebelum ini dia perasaannya seperti sejuk seluruh badan, pening2. Tetapi selepas malam tu makan Alfalfa, besoknya dia bangun dia rasa badannnya segar dan terasa bertenaga berjalan dari rumahnya hingga ke tempat sekolah anaknya yang memakan masa perjalanan selama 15 minit.


Ingin dapatkan produk Shaklee??? Hubungi saya Saidah Rahaban, No. hp ; 0128016950 / 0166719250, Pengedar Shaklee di kawasan Sandakan / Kinabatangan / Lahad Datu / Telupid.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan