Halaman

Ahad, 25 Januari 2015

Alhamdulillah Kesihatan Kandungan k-8 Lebih Sihat

Nak kongsi cerita berkenaan pemeriksaan kesihatan kandungan saya di Klinik Ibu & Anak Karamunting, Sandakan pada 22.01.2015. Walaupun dah masuk kandungan ke-8 Alhamdulillah, kali ini lebih baik dari kandungan yang k-7 pada tahun 2013.

Biasanya kalau sejarah kandungan pertama hinggalah yang k-7 memang kali ini amat berbeza. Kandungan k-4 hingga k-7 kandungan darah (hb) tidak pernah cukup dalam bacaan 9-10. 

Namun keputusan kali ini pada 22.01.2015 kandungan darah (hb) dapat bacaan 11.1. Syukur sangat-sangat, perkara inilah yang selalu jadi masalah ku. Sehinggakan buku rekod kandungan terpaksa dalam perhatian doktor pakar huhuhu.....

Walaupun jururawat menasihatkan saya agar tidak mengamalkan Shaklee tanpa kelulusan doktor, namun itu bukan alasan saya untuk tidak mengambilnya. Ini kerana saya rasa lebih sihat dan Alhamdulillah semenjak makan Shaklee ini pada tahun 2013 masalah sembelit, buasir, migrain, elergik ku tak ada lagi. Masalah kaki 'cramp' , sakit gigi pun tak pernah rasa lagi. Jadi, mengapa saya perlu ikut kata jururawat tu.

ps : Amalan makanan semasa mengandung anak k-8 ialah ESP, Mealshake, B.complex, Ostematrix. Masukkan kandungan trimester k-2 ini saya mula tambah dengan Omegaguard untuk pertumbuhan otak baby dan saya juga. Saya juga ambil Garlic Complex untuk elak dari demam dan selsema.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan