Halaman

Khamis, 29 Oktober 2015

VIVIX - SET HEALTH LIVING YOUNG

Bulan Oktober ini juga adalah bulan terakhir untuk penjimatan Vivix Berkembar ini. Rugi rasanya bila 6 bulan telah berlalu tetapi tiada yang ingin mengambil kesempatan membeli Vivix ini.

Mengapa Vivix ini sangat istimewa?


Kak Long bagi contoh mak bapa Kak Long. Alhamdulillah walaupun usia mereka dah di hujung senja namun Kak Long sendiri sangat kagum dengan keaktifan mereka dan paling utama kesihatan mereka. Bapa Kak Long yang dah pencen dan kini sepenuhnya memilih hidup untuk berusaha menjadi nelayan. Pergi ke laut selepas subuh dan balik ke rumah di waktu petang, Kak Long rasa bukanlah masa yang singkat untuk berada di laut yang banyak cabarannya. Rasanya orang yang muda pun tak sanggup dengan keadaan di laut yang berpanas, kadang berhujan. Mak Kak Long pula ke pasar Tanah Merah, Sandakan untuk menjual hasil tangkapan laut bapa. Balik dari menjual ke bandar lagi untuk membeli belanja barang kedainya di kampung.

Demikianlah hidup seharian mak dan bapa Kak Long.  (Gambar di bawah inilah wajah mak dan bapa Kak Long. Gambar yang baru diambil masa berjalan-jalan dibawa adik ku Jalita ke negeri Terengganu Darul Iman)



Tiada ulasan:

Catat Ulasan