Halaman

Jumaat, 9 Oktober 2015

Dhuha Menarik Rezeki , Menolak Kemiskinan


Assalamualaikum dan selamat pagi. 

Sudah Dhuha sahabat-sahabat sekalian?

Solat Sunat Dhuha bukanlah wajib dan dulu Kak Long bukanlah orang yang rajin solat sunat ini. Kalaupun tak hari-hari, seminggu sekali sudah memadai. Inilah hasil perkongsian ilmu dari Group "Permata Jutawan" banyak menyedarkan bahawa rezeki itu semua datang dari Allah. Bila kita ingat Allah inshaa Allah Allah ingat kita balik.

"Sesungguhnya ini ialah pemberian Kami kepada kamu, pemberian yang tidak akan habis-habis" (Surah Sad, 38:45)

Rezeki, ajal, maut, jodoh semua ini ketentuan Allah. Bila kita banyak meminta dari Nya dan mengamalkan apa yang diperintah Nya serta meninggalkan yang dilarangNya, inshaa Allah hidup lebih aman, bahagia. 

JOM DHUHA!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan