Halaman

Isnin, 30 Jun 2014

Pengalaman Puasa Pertama 1435H dengan Set Ramadhan Shaklee

Assalammualaikum

Alhamdulillah, kelmarin hari pertama umat Islam mula berpuasa. Alhamdulillah adik-adik ku yang di KK, LD, Telupid, bljr 'U' di Pahang balik ke Kg. Air untuk sama2 meriahkan suasana bersahur & berbuka.

Alhamdulillah , syukur sangat2 sebab tahun ini lain dari yang lain. Bersahur & berbuka dengan Set Shaklee. Anak-anak Alhamdulillah ikut rentak ku. Aku bancuhkan ESP + Susu Kambing (Hiraq). Kali ini mereka nampak segar bugar sehingga waktu petang. Aku tengok sangat berbeza dengan cousin, ipar yg tidak minum ESP memang nampak perbezaan. Anak-anakku dari yang berumur 15tahun hingga 10tahun nampak ceria.

Menu berbuka :
- Sup ayam
- Nasi kuning ayam
- Daging masak ros
- Burasa

Meskipun lambat sikit masuk ke dapur dalam lebih kurang pukul 4 petang, aku dibantu oleh beberapa orang adik2ku semua kerja2 menyediakan makanan berbuka siap dalam tempoh kurang dari 2 jam.

Perseorangan dengan kerjasama. Benarlah kata pepatah 'Bersatu kita teguh, Bercerai kita roboh'. Kalau kita bekerjasama ramai2 bergotong-royong, kerja susah menjadi senang.

Keluarga ku bukan lah keluarga kecil. Tak lah sah kalau bila berkumpul ramai2 mesti bergaduh. Tapi semakin kami adik-beradik membesar, semakin matang sudah adik2 ku.

Alhamdulillah, syukur kepada Allah sebab kurniakan aku 12 orang adik-beradik yg bukan saja sayang & hormat pada ibu bapa, malah pada orang yang lebih tua dari mereka juga. Alhamdulillah juga kami adik-beradik dikurniakan mak bapa yang banyak bersabar dengan karenah kami, dan tak putus-putus mendoakan yang terbaik untuk kami anak2nya walaupun kami banyak sakitkan hati mak bapa.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan