Halaman

Ahad, 22 Jun 2014

ATASI MASALAH KOLESTROL DENGAN PHYTOCOL-ST

Tahukah kita satu daripada tiga orang dewasa di Malaysia mempunyai paras kolestrol yang tinggi. (Sumber : National Health and Morbidity Survey, 2011.)

Dua sumber utama kolestrol adalah :
- pertama : dihasilkan secara semulajadi oleh hati
- kedua : dari makanan seharian kita

Sumber kedua kolestrol iaitu dari makanan kita itu boleh meningkatkan paras kolestrol darah kita. Kesan daripada kolestrol tinggi ini akan mengakibatkan risiko penyakit jantung dan angin ahmar.

Bagaimana Kolestrol boleh Mengakibatkan Penyakit Jantung?
2 jenis kolestrol iaitu LDL (Lipoprotein ketumpatan rendah) dan HDL (Lipoprotein ketumpatan tinggi)

LDL dikenali sebagai kolestrol "jahat" kerana paras kolestrol LDL yang terlalu tinggi dalam darah boleh membentuk sejenis bahan melekit (plak) dalam saluran darah. Plak ini akan menyumbat saluran darah dan menyekat aliran seperti berlaku semasa serangan jantung dan angin ahmar.

HDL dikenali sebagai kolestrol "baik" kerana membantu mengangkut kolestrol dari salur darah balik ke hati untuk disingkirkan. Ia berperanan membersihkan saluran darah.

Cara mengatasi :
- amalkan pemakanan seimbang, rendah lemak tepu dan tinggi serat larut
- lakukan senaman lebih kerap
- turunkan berat badan
- Institut Kesihatan Kebangsaan Amerika (NIH) mengesyorkan penambahan Fitosterol ke dalam diet harian anda bagi menurunkan paras kolestrol secara semulajadi.

Apa itu Fitosterol?
Merujuk kepada sterol dan sterol tumbuhan. Wujud secara semulajadi dalam kandungan yang sedikit dalam sumber makanan seperti buah-buahan, sayur-sayuran, biji-bijian, legume, bijiran dan minyak sayuran. Lebih 80 kajian klinikal diterbitkan di dalam penerbitan saintifik melaporkan keberkesanan dan keselamatan fitosterol.

Berapa banyak Fitosterol yang diperlukan?
Institut Kesihatan Kebangsaan Amerika (NIH) mengesyorkan pengambilan 2000mg Fitosterol dalam diet harian untuk membantu menurunkan paras kolestrol secara semulajadi.

Oleh yang demikian, satu lagi produk baru Shaklee untuk membantu mengatasi masalah kolestrol ini iaitu Phytocol -ST. Setiap sebiji pil Phytocol-ST mengandungi 2000mg Fitosterol. Tak perlu susah dalam sehari perlu makan banyak jenis yg disebut di atas tadi.

Untuk dapatkannya hubungi Pengedar Bebas Shaklee 
Sandakan / Kinabatangan : Saidah (012-8016950), Pdang (017-8330213), Maykasuma (011-2668 9732)
Telupid : Najier (011-1952 0850), Zubaidah (014-5701586)
Lahad Datu - Jalita (017-8671223), Misnah (019-5308576)
KK &Seluruh Sabah & Sarawak - Irman (012-8693236)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan