Halaman

Isnin, 30 Jun 2014

Hadiah dari Arfan

Hari ini dapat berita gembira dari anak ku No.3 Mohd Arfan.

Arfan pelajar Tahun 6 di SJK(C) Pei Ying. Tak sia-sia aku bagi dia kelas tuisyen matematik setiap sabtu & ahad. Walaupun wang utk kelas tuisyen nya itu aku tak rancang dan hanya mengharap dari kerja2 luar suami, namun kekuatan hatiku berkata biarlah aku bersusah2 demi Arfan. Walaupun susah mana sekali pun tetap aku usahakan juga.

Alhamdulillah, hari ini Arfan dapat tempat ke-2 keseluruhan darjah 6 dalam matapelajaran Matematik dalam peperiksaan percubaan UPSR.

Alhamdulillah....

*tak sia-sia aku korbankan pekerjaan ku (yg mana gaji ku 4 angka) semata2 utk memberi perhatian pada anak2.

*walaupun wang untuk tuisyen Arfan aku harap dari kerja2 luar suami. Hanya berdoa pada Allah agar suami ku ada saja wang masuk.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan