Lama tak masak kuih kegemaran anak-anak. Jom masak-masak kuih pau!!! hehehe....
Alhamdulillah jadi juga walaupun sudah lama tak masak kuih pau. Bukannya tak pandai, tapi tempat mengukus Kak Long ini taklah secanggih kukusan orang lain. Kukusan Kak Long ini kecil saja, mau kena cepat, lambat sikit saja wap air akan menitis dan kuih pau yang dihasilkan pun berkedut-kedutlah. Anak-anak Kak Long pun pandai juga memilih tak mahu makan kalau tak cantik hahaha...
Jemput makan, Bismillah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan