Halaman

Selasa, 15 Disember 2015

Menu Makan Malam - Ayam Penyet

Tiba-tiba pula datang rajin dan idea nak masak ayam penyet. Tadi tengahari dah beli bahan-bahan, sekarang masa untuk sediakan bahan-bahan untuk perapan ayam penyet.

Jom jengok-jengok Resepi Ayam Penyet :

Bahan-bahan :
4 Ketul ayam
6 ulas bawang merah #
2 ulas bawang putih #
1 labu bawang besar #
3 Sudu ketumbar *
1 sudu jintan manis *
1 sudu jintan putih *
1 inci kunyit hidup #
2 inci halia #
3 batang serai
1 inci lengkuas #
2 biji cili merah#
2 biji buah keras #
2 sudu besar santan #
2 sudu gula merah #
Secukup rasa #

Cara memasak
 - Sangai bahan bertanda * dan tumbuk halus. Sapukan pada ayam dan tempe. (ayam dikelar supaya bumbunya menyerap)

- Satukan dan kisar semua bahan yang bertanda #. Lumurkan pada ayam dan tempe serta titikkan serai dan gaul rata.

- Perap sekurang-kurangnya 30 minit.

- Goreng ayam dalam minyak penuh.

*Sebulan sekali Kak Long mesti sediakan menu istimewa untuk keluarga. Barulah suami dan anak-anak akan rasakan kebahagiaan keluarga.

**Lepas makan goreng-goreng dan lemak-lemak ini jangan lupa ambil 6 biji Lecithin (pengemulsi lemak yang baik), 10 biji Alfalfa (buang toksin dan lemak yang berlebihan)

***Keluarga sihat , keluarga bahagia.

Pengedar Shaklee Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Telupid
Call / SMS / Whatsapp : 0128016950 / 0166719250

Tiada ulasan:

Catat Ulasan