Halaman

Rabu, 2 Julai 2014

Rutin di Bulan Ramadhan

Assalammualaikum....hari ini hari k-5 Umat Islam menunaikan ibadah puasa. Hari ini juga hari k-3 dalam bulan Julai.

Alhamdulillah, 2 hari berlalu dalam bulan Julai oder Shaklee masuk bertalu2. Alhamdulillah juga 2 hari ini, ada saja lahir 'anak' Shaklee.

Tapi semua ini takkan ada kalau kita cuma berusaha saja. Semuanya ini anugerah dari Allah juga. Bulan Ramadhan ini Allah bukakan pintu taubat. Mohonlah apa saja, inshaa Allah dimakbulkan.

Aku juga seperti hamba-hamba yang lain. Ingin berjaya dalam apa yang diceburi. Aku ingin berjaya dalam Shaklee sebagaimana orang lain yang sudah berjaya. Apa saja nasihat & panduan yang diberi, aku ikut saja. Meskipun ianya sangat2 mencabar pada seorang ibu kepada 6 orang anak, memang jadual sangat2 padat. Kalau tak ikut jadual yang ditetapkan memang tak boleh. Jadi, yang mana boleh buat aku buat saja. Yang mana dah tinggal terpaksa tinggal. Tapi aku akan usaha untuk kejar nya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan