Assalammualaikum, Salam Ramadhan hari k-26.....
Ramadhan hampir meninggalkan kita, Syawal bakal menjelang. Apakah dah cukup amalan di bulan Ramadhan? Atau masih bermimpi dibuai oleh keenakan dunia?
2014 ini kita rakyat Malaysia amnya diduga dengan pelbagai konflik. MH370, MH17, perang di Gaza, dan terbaru keselamatan di Sabah.
Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Kita yang hanya melihat dan mendengar ni hanya mampu mengangkat tangan, menadah pada Illahi, memohon doa kepada Yang Maha Pencipta, diberi petunjuk dan hidayah, mengapa musibah demi musibah berlaku. Mohon Ya Allah, kami yang lemah ini diberi perlindungan dalam rahmat Mu, nur Mu, keampunan Mu agar kami dapat kuat terus berdiri dalam agama Mu....Aamiin....inshaa Allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan