Petang ini mama ku cadang menu istimewa berbuka ialah PASTIL selain Nasi Kuning menu wajib.
Orang-orang di Sandakan, pastil ini ialah karipap yang intinya meehoon. Biasanya penggemar kuih ini budak-budak sekolah.
Teringat dulu kalau balik kerja dan ikut suami ambil anak-anak dari sekolah ada seorang makcik tu berjual pastil. Makcik tu jual RM1 untuk 5 biji.
Bila difikir-fikirkan, walaupun Kak Long kata sini dulu-dulu tapi masa tu tahun 2013. Disebabkan untuk menyara keluarga dan tahu berapa sangatlah wang saku untuk kanak-kanak sekolah, maka makcik tu sanggup bah jual murah-murah saja.
Kak Long fikir, begitulah jadi ibu-bapa sanggup buat apa saja untuk menyara hidup sebuah keluarga. Kak Long fikir kenapa ada muda-mudi ataupun anak-anak tak mahu kerja dan membantu ibu-bapa. Ada lagi tu sanggup menghantar ibu-bapanya ke rumah orang tua.
Doa Kak Long semoga anak-anak Kak Long tidak begitu. Semoga anak-anak Kak Long tahu menghargai jasa orang tua. Inshaa Allah....
Kak Long Super Anak Tujuh
Pengedar bebas Shaklee
Di Sabah terutama Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Telupid
0128016950 (Whatsapp)
0166719250 (call / sms)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan