Halaman

Jumaat, 5 Disember 2014

VitaLea , GLA complex & CoQHealth

Tadi petang dapat seorang prospek baru dari adik yang belajar di UITM. Dapat saja no.hp saya pun terus call. No hp itu milik adik bernama Hazliza dari Batu 5, Sandakan. Nak oder Shaklee Vitalea, GLA Complex dan CoQHealth.

Hmmmm....CoQHealth?!!! First time jual CoQHealth.....Terus cari buku hijau, rujuk dan kaji apa itu CoQHealth. Sebelum ini tahu CoQHealth ini untuk jantung. Dalam CoQHealth ada CoQ10 yang memang khusus untuk jantung. Penemuan terbaru dari Shaklee sekitar dalam tahun 2000.

Itu saja yang saya tahu sedikit pasal CoQHealth ini. Jom kita selam apa yang saya dapat dari buku hijau.

- Congestive heart failure (CHF).  Belum terdapat bukti kukuh yang mengaitkan pengambilan koenzim Q10 sahaja akan menghentikan kegagalan jantung. Tetapi terdapat bukti (walaupun kontroversi) bahawa ianya menolong bila dikombinasikan dengan perubatan dan rawatan jantung yang lain.

- Mengurangkan risiko masalah jantung tambahan bagi mereka yang baru mengalami serangan sakit jantung (myocardial infarction, MI). Apabila dimulakan dalam masa 72 jam dari terjadinya MI dan diambil selama satu tahun, koenzin Q10 didapati mampu mengurangkan serangan sakit jantung dan MI.

-Penyakit Huntington (a rare genetic neurological disorder).  Ubiquinol, satu bentuk koenzim Q10 yang telah dianugerahkan 'Orphan Drug Status' oleh Federal Food and Drug Administration (FDA). Ini memberi pembuat Ubiquinol memperolehi insentif kewangan untuk mengkaji keberkesanan penyakit Huntington, satu keadaan yang jarang berlaku (melibatkan kurang dari 200,000 pesakit ) yang mana syarikat pharmaceutical tidak akan membangunkan ubat untuknya. Walaubagaimanapun pengambilan koenzim Q10 dalam dos 600mg atau kurang sehari didapati tidak berkesan melambatkan perkembangan penyakit ini.

-Menghalang komplikasi salur darah selepas pembedahan "heart bypass". Wujud bukti yang menunjukkan pengambilan secara oral koenzim Q10 selama seminggu sebelum pembedahan dapat membantu mengurangkan kerosakan salur darah. Walaubagaimanapun tidak semua para penyelidik bersetuju dengan penemuan ini.

-Tekanan darah tinggi (hypertensi). Pengambilan koenzim Q10 bersendirian atau bersama-sama perubatan untuk tekanan darah tinggi, menurunkan tekanan darah dengan lebih berkesan lagi.

-Menghalang serangan migraine. Mengambil koenzim Q10 secara oral membantu menghalang serangan migraine. Kajian menunjukkan ianya mampu mengurangkan kekerapan pening kepala sebanyak 30% dan hari-hari serangan di mana keadaan loya berkaitan dengan pening kepala, berkurangan sebanyak 45% bagi dewasa. Pengambilan koenzim Q10 juga mengurangkan serangan migraine bagi kanak-kanak yang mempunyai tahap koenzim yang rendah. Ianya mungkin mengambil jangkasmasa 3 bulan untuk menunjukkan kesan. Malangnya koenzim Q10 tidak berkesan dalam rawatan migraine apabila ianya telah terjadi.

-Penyakit Parkinson. Ada penyelidikan yang menunjukkan bahawa pengambilan suplemen koenzim Q10 mampu melambatkan kemerosotan kesihatan dengan mereka yang menghidapi tanda awal penyakit parkinson. Akan tetapi pengambilan bagi pesakit yang berada di peringkat pertengahan penyakit Parkinson tidak menunjukkan kesan yang positif.

-Memperbaiki sistem imun bagi pesakit HIV/AIDS 

-Muscular dystrophy (distrofi otot), satu masalah membabitkan kerosakan otot. Pengambilan koenzim Q10 secara oral memberi kesan positif bagi penghidap Distrofi Otot.


Semoga sedikit info berkenaan CoQHealth menjadi manfaat untuk yang membaca blog ini. Terima kasih juga sebab meluangkan masa untuk membaca blog saya yang tak semeriah blog rakan-rakan lain.

Untuk dapatkan produk Shaklee terutama yang berada di Sabah dan khususnya di Sandakan / Kinabatangan / Lahad Datu / Telupid boleh hubungi saya terus Saidah Rahaban di no. 0128016950 @ 0166719250.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan