Halaman

Ahad, 30 November 2014

Tanamkan Sifat Memetik Biji Kopi

Ungkapan 'Memetik Biji Kopi' yang pernah diungkapkan oleh Master Nur Laila pada bulan Mac yang lalu masih lagi bermain dalam kotak fikiran. Perkara ini aku setujui 200% apabila ianya terjadi pada ku. Mengapa pula?

Sebabnya seorang Puan ini hanya dikenali melalui mesej yang diterima dalam Whatsapp. Rasa-rasanya Puan ini bertanya berkenaan Shaklee pada ku lebih kurang 6-8 bulan yang lalu. Namun, baru-baru ini pada 26hb baru lah dia membeli dengan ku. Alhamdulillah , Allah dah gerakkan hati Puan itu untuk membeli setong Mealshake, Shaklee dengan ku.

Puan yang mempunyai 3 orang anak lelaki itu terdiri dari umur 8 tahun hingga 1 tahun itu membeli Mealshake disebabkan anaknya yang no.2 tidak mempunyai selera makan.

Dua hari selepas itu, Puan tersebut menyatakan kegembiraan nya dalam mesej whatsapp lagi memberitahu bahawa anaknya sangat suka dengan rasa Mealshake itu. Pagi-pagi sebelum dia keluar bekerja, dia membancuh 2 gelas Mealshake dan diletakkan dalam peti sejuk. Petangnya dia balik, kedua-dua gelas Mealshake yang dibancuhnya dah habis. Puan itu sangat-sangat gembira dan amat berharap agar anaknya akan terbuka selera untuk makan makanan yang sedia ada.

Apa kaitannya cerita Puan ini dengan cerita Memetik Biji Kopi?

Iya, apa yang diceritakan oleh Master Nur Laila ialah berkenaan Memetik Biji Kopi ialah bila satu hari si pemetik biji kopi bekerja memetik biji kopi. Tidak semestinya pada hari itu semua biji kopi yang ada telah masak. Sebiji kopi memerlukan masa berbulan untuk masak.

Justeru, kaitan cerita Memetik  Biji Kopi dengan Puan ini ialah kita perlu sabar dengan karenah setiap orang yang hanya sekadar ingin mengetahui berkenaan Shaklee. Kita perlu bersikap keterbukaan dalam menjawab setiap mesej prospek, atau pengamal suplemen. Jangan berputus asa, dan sentiasa redha dengan ketentuanNya.

 
Alhamdulillah , SubhanaAllah, Allahu Akhbar


Saidah 
Pengedar Bebas Shaklee
SID 878416
COD Sandakan , Kinabatangan , Lahad Datu , Telupid
Seluruh Sabah & Sarawak


Tiada ulasan:

Catat Ulasan