Halaman

Isnin, 1 September 2014

Kisah Aku Dengan Mealshake


Mengimbas semula cerita pasal aku dengan mealshake ini.

Bermula tahun 2013, masa itu aku mengandung anak ke-7 (tolak 1, yang hidup kini tinggal 6, Alhamdulillah). Masa itu pembawaan mengandung sangat teruk. Langsung tak boleh makan dan minum. Sehingggakan 2 kali masuk wad sebab kurang air dan memang badan terlalu lemah sudah. 

Nak dijadikan cerita Mealshakes, adik no. 2 bagi cuba rasa. Tapi aku tolak sebab aku memang alergik minum susu. Bila minum susu pasti akan muntah berak. Bagi lah apa jenis susu, susu pekat kah, susu serbuk kah, apa lagi milo pun langsung tak boleh terima. 3 kali percubaan memujuk adik ku. Ok, akhirnya aku cuba. Bila dah cuba, esok pagi nya masa buang air besar tu, rasa seronok sebab tak perlu teran. Lancar saja keluar hehehe. Terfikir seketika dan dalam hati berkata "apakah sebabnya ini aku minum mealshake?".  Sekali lagi aku minum mealshake. Esoknya perkara yang sama berlaku. Eh!!! aku dah boleh buang air besar setiap hari tanpa rasa sakit masalah buasir ku. Rasa kebas-kebas kaki ku bila lama berdiri pun aku tak rasa sudah. Alhamdulillah mealshakes telah merubah kesihatan ku. Tengok, kalau lah saya tak cuba, mana kan saya jumpa penawar masalah saya kan. 

Alhamdulillah , Allah telah tunjukkan jalan pada masalah ku selama ini. Masalah sembelit, buasir, lenguh kaki kini aku sudah tak rasai lagi. Bukan itu saja sakit kepala 'migrain' yang aku rasa macam mau pecah pun hilang, aku tak rasa sudah. Rambutku sebelum ini pun gugur dengan teruk, kini rambut ku lebat dan berkilat lagi. Perasaan ku ini hanya Allah saja yang tahu. Kini dah setahun, mealshakes jadi pilihan. Meskipun harganya di luar kemampuan, namun Alhamdulillah aku berusaha buat Shaklee ini hanya untuk beli keperluan ku.

Terima kasih adikku Jalita. Sujuk syukur pada Allah yang memberi keizinanNya. 




Tiada ulasan:

Catat Ulasan